Teks: Anie Alja
Apa yang perlu ditulis?
Bila mak membaca naskah Mayang Sari, dia memberi komen, "Banyak lagi yang tidak dimasukkan dalam buku ni."
Bla, bla, bla... mak bercerita panjang tentang kisahnya disihir saudara. Bagaimana Tokwan kami mengayuh basikal sambil membawa tempayan berisi sesuatu untuk dibuang. Jatuh pula ke dalam parit akibat padel basikal tersadung akar semasa melalui denai.
Cukup, cukup, cukup.
Ini maksudnya pesanan di atas. Walaupun banyak perkara berlaku kepada kita, tetapi tidak semuanya harus diceritakan dalam penulisan memoir.
"Mak, kalau nak dimasukkan kesemua, buku ini akan jadi dua kali ganda tebalnya," jelas saya.
Apakah yang relevan?
Ini soalan yang wajib dijawab oleh penulis memoir. Memoir Mayang Sari adalah kisah penderitaan mak disihir hampir 30 tahun, jadi susun fakta dan cerita yang berkait dengan penyakit mak. Kisah mak duduk rumah askar, berbaik-baik dengan jiran-jiran dan bergotong-royong membersihkan kawasan kejiranan, tidak perlu dimasukkan dalam perjalanan memoir kecuali ia ada hubungkait.
Maksudnya, ia releven pada jalan cerita yang kita kongsikan.
Kisah mak ayah sebagai penjual kuih tidak relevan pada penyakit mak, tetapi ia memberi gambaran lain selain kejahatan jin menyakiti manusia, ia juga boleh mengganggu urusan lain sebab itu ia dimasukkan dalam penceritaan.
Salah atau Betul?
Soal diri, mengapa cebisan kisah ini ditulis dalam manuskrip? Jika ia ditulis kerana ia berlaku ke atas kita, dan kita rasa penting walaupun tidak ada kena-mengena dengan jalan cerita. Cantas.
Setengah penulis memberi tip, jika penulis sendiri skip membaca apa yang ditulis, kemungkinan besar pembaca juga akan langkau apa yang sedang dibaca.
Jujur pada diri. Tidak semua yang berlaku ke atas kita harus diceritakan dalam penulisan memoir. Pilih dan pilih, susun dan harus ada sebab mengapa ia ditulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasaran Memoir
Teks: Anie Alja Memoir Masih Rebung Ramai penulis tempatan memberi gambaran yang salah tentang seni penulisan memoir. Memoir bukan...
-
Teks: Anie-Alja Naratif? Imej Google Dalam sebuah penceritaan harus ada naratif dan dialog. Naratif mengandungi lima asas di dala...
-
Teks: Anie-Alja Omit Needless Words Imej Google_William Strunk, Jr Maksud ringkas di sebalik ungkapan popular ini adalah penul...
-
Teks: Anie-Alja Siapa Bercerita? Perkataan ringkasnya adalah POV; menjawab soalan, siapakah yang bercerita? Penulis perlu memil...
No comments:
Post a Comment