Teks: Anie-Alja
Pengalaman Musim Bunga
Koleksi Anie-Alja |
“Kalau mak nak pi sana, bulan berapa banyak
bunga?” Mak menyoal di hujung talian.
“Nak
tengok bunga, mak kena mai bulan September. Waktu tu musim bunga di Australia,”
jelas saya kepada mak.
Ini
antara soalan favourite keluarga dan
kawan-kawan semasa saya duduk di ‘obersee’.
Mak ‘hantu bunga’, jadi saya rajin berkongsi foto-foto bunga di sini. Mak kata,
bunga di luar negara ‘menjadi’ sebab hawa sejuk. Bunga ros yang tumbuh dalam
cuaca sejuk, saiznya lebih besar dan berbau wangi. Bunga tulip dan daisi pula
hanya tumbuh dalam musim sejuk. Jadi, tidak merasalah mak nak melihat bunga-bunga
itu di Malaysia kecuali jika ke tanah tinggi.
Kepada
mereka yang meminati bunga, bulan September, Oktober, dan awal November adalah
masa terbaik untuk menikmati musim bunga. Jika di Eropah, musim bunga adalah
pada bulan Mac, April, dan Mei, berbeza dari benua di sini.
Semasa saya menetap di Eropah, kegilaan orang tempatan Switzerland menanam bunga tidak setanding orang di UK mahupun di Australia. Hampir setiap rumah di Switzerland dihiasi pasu bunga tergantung, atau dilekatkan di tingkap rumah. Suasana sungguh meriah dan berwarna-warni. Menetap di tiga buah negara empat musim, musim bunga di Switzerland adalah teristimewa. Padang rumput terbiar pun akan dipenuhi warna kuning, merah, putih, dan ungu. Padahal, hanya dipenuhi bunga-bunga rumput.
Semasa saya menetap di Eropah, kegilaan orang tempatan Switzerland menanam bunga tidak setanding orang di UK mahupun di Australia. Hampir setiap rumah di Switzerland dihiasi pasu bunga tergantung, atau dilekatkan di tingkap rumah. Suasana sungguh meriah dan berwarna-warni. Menetap di tiga buah negara empat musim, musim bunga di Switzerland adalah teristimewa. Padang rumput terbiar pun akan dipenuhi warna kuning, merah, putih, dan ungu. Padahal, hanya dipenuhi bunga-bunga rumput.
Mak
tidak sempat melawat ketika saya berada di Switzerland. Tidak dapat dibayangkan
jika mak berkesempatan melihat persona musim bunga di sana. Mahu dibelinya
benih-benih bunga dan dibawa balik ke Malaysia.
Koleksi Anie-Alja |
Di Belanda ada Keukenhof, di Perth kami ada Taman
Botani Arulen yang terkenal dengan kemeriahan warna-warni bunga tulip, pelbagai
warna dan saiz. Tipnya, kena datang tepat pada waktu yang diwartakan kerana
bunga tulip tidak tahan lama. Ia berbunga dan kembang pada waktu yang singkat,
kemudian terus layu dan digantikan dengan bunga-bunga lain.
Saya
pernah bersama kawan ke Taman Botani Arulen yang terletak di daerah Roleystone.
Pergi awal pagi dan cop kawasan piknik yang dikelilingi bunga indah
beraneka warna. Berpusu-pusu pengunjung datang melawat dengan membawa bakul
berisi makanan.
Setibanya
di sana, sudah banyak deretan kenderaan di kawasan pakir. Bas rombongan juga
sudah banyak yang tiba. Maklumlah, musim bunga tulip sangat pendek waktunya,
jadi orang tidak mahu melepaskan peluang melawat sebelum ia berlalu. Kita harus
membayar tiket dalam beberapa dolar untuk masuk ke Taman Botani Arulen. Ada
kemudahan asas dalam taman seperti kedai cenderahati, tandas awam dan gerai yang
menjual makanan ringan. Terdapat juga sebuah gerai halal yang menjual gozleme,
sejenis makanan dari negara Asia Barat.
Katanya, gerai halal itu hanya beroperasi pada musim bunga sahaja.
Katanya, gerai halal itu hanya beroperasi pada musim bunga sahaja.
Koleksi Anie-Alja |
Selain
boleh bersiar-siar berjalan kaki, ada juga perkhidmatan kereta berangkai
seolah-olah kereta api, membawa para pengunjung mengelilingi taman
botani. Kelihatan kebanyakan pengunjung terdiri daripada orang tua dan
budak-budak menggemari aktiviti ini. Mereka beratur di satu sudut untuk
menunggu kereta berantai.
Selain
Taman Botani Arulen, pengunjung Perth juga wajib sampai ke Taman Kings Park
untuk melihat keindahan bunga liar atau native
plants di Australia. Kings Park adalah syurga bunga liar. Beribu-ribu jenis
spesies dihimpun dan ditanam di kawasan taman ini, melebihi keluasan seribu
ekar. Bunga liar lebih unik dari segi bentuk, warna, dan saiz.
Bunga liar lebih kecil dan halus sifatnya, tetapi biasanya terhimpun dalam satu jambak atau berselerak dalam kuantiti yang banyak dan berwarna-warni. Ia juga bertahan lebih lama berbanding bunga-bunga tulip di Arulen. Jadi, kepada sesiapa yang terlepas menikmati kecantikan bunga-bunga di Taman Arulen, bolehlah datang ke Kings Park.
Bunga liar lebih kecil dan halus sifatnya, tetapi biasanya terhimpun dalam satu jambak atau berselerak dalam kuantiti yang banyak dan berwarna-warni. Ia juga bertahan lebih lama berbanding bunga-bunga tulip di Arulen. Jadi, kepada sesiapa yang terlepas menikmati kecantikan bunga-bunga di Taman Arulen, bolehlah datang ke Kings Park.
“Hang
boleh bawak balik benih bunga ka?” Mak gelak terkekeh-kekeh di hujung talian,
meminta saya bawa balik benih bunga. Mak menagih benih bunga ros, apabila saya
berkongsi gambar bunga ros yang tumbuh mekar di belakang rumah. Saiznya hampir
sebesar tapak tangan Dina yang berusia sebelas tahun, wangi dan warnanya
mempersonakan.
Ada
warna jingga, kuning, ungu, merah baldu, merah menyala, dan campuran warna
merah jambu dan putih. Agaknya ia ditanam oleh penghuni rumah terdahulu sebelum kami berpindah masuk ke sini.
Saya
cuba kerat batang bunga ros dan bawa balik ke Malaysia, malangnya ia mati tidak
sempat lama. Apa yang mak cakap ada betulnya, cuaca di tanah air tidak sesuai
dengan pokok bunga di sini.
Koleksi Anie-Alja |
Saya
bernasib baik kerana tidak ada sebarang alergi kepada bunga, begitu juga dengan
suami dan anak-anak. Kepada mereka yang menghidap alahan polen, musim bunga
adalah ‘a big no’ untuk mereka datang
berkunjung dalam bulan September, Oktober, dan November. Ia tidaklah sampai
membawa maut kepada penghidap alahan, tetapi cukup memberi rasa kurang selesa
disebabkan simptomnya sama seperti penyakit selsema. Gatal hidung, bersin, dan
selsema.
No comments:
Post a Comment