Bulan Madu di Lautan Biru
Imej Norway Cruise |
Baiklah, seperti yang dijanjikan, apa kata kita mulakan dengan ilustrasi kapal Sr. Richard With. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kapal cruise kami mempunyai lima tingkat. Ia bukan hanya dipenuhi oleh ratusan kabin tetapi dilengkapi juga dengan kemudahan lain seperti restoran, gym, kedai serbaneka, bilik TV, bilik bacaan, bilik mainan anak-anak. Lokasi paling hebat terletak di tingkat paling atas. Dek tertutup berhawa dingin, berlangitkan lampu-lampu halus berona biru seperti bintang-bintang kecil bergemerlapan di angkasa.
Secara peribadi, saya sukakan dek ini kerana kita mampu melemparkan pandangan seluas lautan yang terbentang di depan mata. Sejauh mata memandang kata orang tua-tua. Di sinilah kami menyaksikan keajaiban ciptaan tuhan.
Matahari di tengah malam.
Selesai melawat kabin yang terletak di tingkat paling bawah, kami pun mengambil kesempatan membuat rondaan pada setiap tingkat yang ada di dalam kapal. Tidak dapat dinafikan, pengalaman di dalam kapal ini, sedikit sebanyak mengimbas kembali kisah manusia angkuh dalam sejarah terhebat dunia. Kisah tenggelamnya kapal termasyhur Titanik di lautan Atlantik. Sakit perut di saat terkenangkannya. Setiap detik genting yang dilalui oleh hero dan heroin dalam kisah itu hingga ke penghujung.
Apabila saya menyuarakan rasa risau dalam hati, suami mengusir rasa tidak senang dengan menjawab, " Hello ini tahun 2001... Sebelum terlanggar bongkah ais, kapal dah boleh mengelak." Suami jawab dengan muka konpiden. Entah betul, entah tidak...saya iyakan saja.
Kerisauan itu masih belum hilang apabila terlihatkan perahu-perahu keselamatan yang tergantung di sisi kapal. Bagaikan tidak cukup jumlahnya. Maklumlah, jika hendak dibandingkan dengan jumlah penumpang yang ada di dalam kapal ini. Bukankah, perkara ini juga yang disuarakan oleh Kate Winslate dalam kisah Titanik? Saya masih bimbang tetapi mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Jiran Meja Makan
Kami diberi informasi ringkas tentang peraturan dan jadual makan di dalam kapal sepanjang tempoh pelayaran. Lokasi meja dan kerusi di restoran, tidak membolehkan kami duduk di mana sahaja yang kami suka. Maksudnya, meja kami sudah dipilih dan ditentukan awal-awal lagi oleh pihak admin kapal. Meja makan kami berhampiran dengan sebuah tingkap luas, mengadap ke laut lepas.
Kami duduk berhadapan pasangan suami-isteri tua di awal usia 70an. Mereka berdua kelihatan ramah, redup matanya dan tinggi susuk tubuh badannya. Kami berusaha untuk berkomunikasi tetapi menemui jalan buntu apabila mereka tidak faham atau fasih berbahasa asing, selain berbahasa Norway. Bagaikan ayam dan itik, kami bertukar kisah tentang latar belakang diri dan bersapa mesra setiap kali duduk di tempat makan yang sama.
Apa yang saya ingat, mereka bercerita, ini adalah hajat mereka untuk berada dalam trip kapal Hurtigruten. Mereka sanggup menabung bagi merealisasikan impian itu. Pasangan tua itu mempunyai tiga orang cahaya mata dan semuanya telah menjalani hidup sendiri. Hingga ke akhir perjalanan, mereka berdualah yang menjadi pasangan meja kami semasa menikmati sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Tabiat orang putih bila makan malam, mereka ada memakai pakaian yang smart dan menawan. Walapun kebanyakan mereka sudah berusia, tapi masih kelihatan segak dan bergaya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing melaram setiap malam sewaktu makan.
Tabiat orang putih bila makan malam, mereka ada memakai pakaian yang smart dan menawan. Walapun kebanyakan mereka sudah berusia, tapi masih kelihatan segak dan bergaya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing melaram setiap malam sewaktu makan.
Makan Sedap
Sarapan pagi di atas kapal Hurtigruten adalah saat yang paling dinanti-nantikan. Kami makan sepuas hati. Kebiasaannya, menu makan tengah hari tidak sesedap dan tidak banyak pilihan seperti menu sarapan. Menu pagi datang dari pelbagai negara seperti sarapan dari Amerika, Britain dan Asia. Jangan terkejut, kami dapat melayan perut dengan nasi goreng ala Indonesia dan sandwich ala Malaysia. Alhamdullilah, ada pilihan untuk tetamu vegetarian. Sememangnya, Norway adalah sebuah negara perikanan, jadi kami menjamu selera sepuasnya dengan makanan laut yang disediakan.
Pernah sekali, saya tidak berselera untuk menjamah makanan tengah hari yang disediakan. Chef keluar dari dapur dan datang menghampiri meja, bertanya sama ada dia boleh menyediakan menu yang saya inginkan. Termalu dengan kelakuan sendiri, tetapi dalam masa yang sama rasa dihargai. Chef kembali ke meja saya dengan menu baharu, lain daripada penumpang lain. Nasi goreng dari Indonesia. Walla
Bersambung...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment