Teks: Anie-Alja
Ulasan Pembaca Pertama
Imej Anie-Alja |
Tak takut but
curious to know more. I cried when I reached thepage where you dad passed on.
The suffering of your mum. Descriptive writing is so good because it strucks
the chord of readers heart. Rina
Mak diuji dengan
ujian yang tidak tercakup agal logik seorang insan. Teraniaya atau menganiaya,
hanya tuhan punya jawapan atas keseluruhan persoalan. Tiny Azleen Yahaya
Saya bekas mangsa
sihir. Saya selami memoir MS sepenuh hati, “Sapa kena, sapa tau”. Nabeela Husain
Memoir MS seperti
naik roller coaster, best sangat! Indescribable! I marveled at your family’s
history. Syikin
Sesak dada baca
MS. Semangat juang mak dan Jon hebat, bukan calang-calang orang. Norleen
Mohid
Sesak bafas dan
ketat dada di sepanjang memory lane MS. Di akhiri semua dengan berlapang dada.
Aminkan segala doa yang dipanjatkan oleh mak kepada Yang Maha Kuasa. Diana Yusof
Pengalaman sama
seperti keluarga sendiri, jalan cerita saja berbeza. ‘Siapa kena siapa tau,
penangan sakit misteri. Zai Amri
MS menghormati
saya sebagai pembaca. Penulis tidak memaksa apa yang perlu saya fikir.
Seolah-olah menarik saya melihat semua sudut dan membiarkan saya berfikir
sendiri. MS adil; saya melihat keseluruhan bangunan bukan hanya ke bilik tetamu
yang berhias indah. Rihan Hashim
Satu perkara
selepas membaca MS, saya masih terfikir-fikir walaupun selesai membaca. Tidak
seperti buku-buku lain sebelum ini. Adiniah
Radzai
Saya menangis
ketika membaca dan berhenti sementara. Saya sambung dan menangis lagi teresak-esak.
Sedih, kuatnya kalian adik-beradik mengharungi derita misteri sekian lama. Nor Hafizah Md Salim
Tidak rasa
diarah-arah tapi dalam waktu yang sama penulis mengajar kita sesuatu. In a very
subtle way, do not judge any of the characters in the book. Di beri kedua-dua
sisi negatif dan positif. Akhirnya, tidak dapat geram pada sesiapa pun. Tidak
seperti karya lain yang jelas watak protagonis dan antogonis. Hasnita Shaari
Moral story
daripada memoir MS; hidup ini penuh dengan persoalan. Soalan seterusnya,
perlukah kita terus mencari jawapan atau dibiarkan sepi. Azira Jazni
Sedihnya perasaan
seorang ibu apabila anak sendiri meraguinya. Dituduh dan difitnah kiri dan
kanan, diuji pula dengan usikkan jin tanpa kesudahan, sepanjang hidup.
Allahuakhbar! Saya membaca pun letih, apa lagi yang menanggungnya. Hafiza Meseni
Rasa dekat dengan
watak Jon. “Jon pun nak jadi macam orang lain, berjaya dalam hidup.” Ryn Rasidi
Terasa naskah MS
memahami hati penderita sihir tanpa prejudis. Tiada ayat positif yang memujuk
tetapi benar-benar memahami. Madihah
No comments:
Post a Comment