Saturday 4 November 2017

Ulasan Mayang Sari

Teks: Anie-Alja
Ulasan Pembaca Pertama


Imej Anie-Alja

Tak takut but curious to know more. I cried when I reached thepage where you dad passed on. The suffering of your mum. Descriptive writing is so good because it strucks the chord of readers heart. Rina

Mak diuji dengan ujian yang tidak tercakup agal logik seorang insan. Teraniaya atau menganiaya, hanya tuhan punya jawapan atas keseluruhan persoalan. Tiny Azleen Yahaya

Saya bekas mangsa sihir. Saya selami memoir MS sepenuh hati, “Sapa kena, sapa tau”. Nabeela Husain

Memoir MS seperti naik roller coaster, best sangat! Indescribable! I marveled at your family’s history. Syikin

Sesak dada baca MS. Semangat juang mak dan Jon hebat, bukan calang-calang orang.  Norleen Mohid

Sesak bafas dan ketat dada di sepanjang memory lane MS. Di akhiri semua dengan berlapang dada. Aminkan segala doa yang dipanjatkan oleh mak kepada Yang Maha Kuasa. Diana Yusof

Pengalaman sama seperti keluarga sendiri, jalan cerita saja berbeza. ‘Siapa kena siapa tau, penangan sakit misteri. Zai Amri

MS menghormati saya sebagai pembaca. Penulis tidak memaksa apa yang perlu saya fikir. Seolah-olah menarik saya melihat semua sudut dan membiarkan saya berfikir sendiri. MS adil; saya melihat keseluruhan bangunan bukan hanya ke bilik tetamu yang berhias indah. Rihan Hashim  

Satu perkara selepas membaca MS, saya masih terfikir-fikir walaupun selesai membaca. Tidak seperti buku-buku lain sebelum ini. Adiniah Radzai

Saya menangis ketika membaca dan berhenti sementara. Saya sambung dan menangis lagi teresak-esak. Sedih, kuatnya kalian adik-beradik mengharungi derita misteri sekian lama. Nor Hafizah Md Salim

Tidak rasa diarah-arah tapi dalam waktu yang sama penulis mengajar kita sesuatu. In a very subtle way, do not judge any of the characters in the book. Di beri kedua-dua sisi negatif dan positif. Akhirnya, tidak dapat geram pada sesiapa pun. Tidak seperti karya lain yang jelas watak protagonis dan antogonis. Hasnita Shaari

Moral story daripada memoir MS; hidup ini penuh dengan persoalan. Soalan seterusnya, perlukah kita terus mencari jawapan atau dibiarkan sepi. Azira Jazni

Sedihnya perasaan seorang ibu apabila anak sendiri meraguinya. Dituduh dan difitnah kiri dan kanan, diuji pula dengan usikkan jin tanpa kesudahan, sepanjang hidup. Allahuakhbar! Saya membaca pun letih, apa lagi yang menanggungnya. Hafiza Meseni

Rasa dekat dengan watak Jon. “Jon pun nak jadi macam orang lain, berjaya dalam hidup.” Ryn Rasidi

Terasa naskah MS memahami hati penderita sihir tanpa prejudis. Tiada ayat positif yang memujuk tetapi benar-benar memahami. Madihah


No comments:

Post a Comment

Pasaran Memoir

Teks: Anie Alja Memoir Masih Rebung Ramai penulis tempatan memberi gambaran yang salah tentang seni penulisan memoir. Memoir bukan...